July 2017 Update
Saturday, December 26, 2009
Friday, December 25, 2009
Akad Nikah Shukri & Azianti (Bagan Ajam, Butterworth)
Pasangan ini selamat di ijab kabulkan pada hari ini di Surau Taman Tun Dr Awang, Bagan Ajam, Butterworth. Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini kekal hingga akhir hayat.
Terima kasih kepada Yus kerana join tag sekali. Kepada sesiapa yang ingin menempah videography service boleh contact ggvideo
Posted by MaaG @ Zie at Friday, December 25, 2009 0 comments
Labels: Akad Nikah, Pernikahan
Sunday, December 20, 2009
Perkahwinan Fiza & Shafiei (Bagan Serai, Perak)
Majlis resepsi di rumah pengantin perempuan yang terletak di Parit Haji Ismail 2 telah diadakan dengan suasana gotong-royong. Manakala sessi outdoor diadakan di sekitar kawasan rumah yang dikelilingi sawah padi dan tali air.
Posted by MaaG @ Zie at Sunday, December 20, 2009 2 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Saturday, December 19, 2009
Resepsi Firdaus & Mazlina (Rantau Panjang, Kepala Batas)
Majlis perkahwinan pasangan cikgu dari Penang ini penuh bermakna kerana dihadiri oleh tetamu VVIP iaitu mantan Perdana Menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa pemimpin UMNO negeri termasuklah Datuk Azhar Ibrahim dan Dato' Seri Reezal Merican.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, December 19, 2009 1 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Sunday, December 13, 2009
Persandingan Syed Adnan & Syarikkin (Taman Koskam,Kepala Batas)
Majlis menyambut menantu dari Kulim yang diadakan di Taman Koskam diadakan dengan meriah sekali. Semoga pasangan pengantin berbahagia dan kekal hingga akhir hayat. Sessi outdoor diadakan di kawasan bendang Pongsu Seribu.
Posted by MaaG @ Zie at Sunday, December 13, 2009 0 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Saturday, December 12, 2009
Resepsi Amiruddin & Shuhada (Bukit Mertajam,Penang)
Majlis resepsi yang diadakan selepas majlis akad nikah di sebelah pagi. Sessi outdoor diadakan di kawasan sawah padi di Kubang Semang.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, December 12, 2009 0 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Akad Nikah Amiruddin & Shuhada (Bukit Mertajam,Penang)
Majlis pernikahan antara pasangan dari Johor dan Penang telah diadakan rumah pengantin perempuan di Taman Guru, Bukit Mertajam.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, December 12, 2009 1 comments
Labels: Akad Nikah, Pernikahan
Saturday, December 5, 2009
Persandingan Redza & Syuhada (Tasek gelugor, Penang)
Majlis resepsi pasangan Penang vs Johor ini berlangsung dengan suasana penuh meriah dengan kehadiran saudara-mara, rakan taulan dan sahabat handai yang jauh dan dekat. Tidak lupa juga beberapa VIP yang turut hadir seperti Datuk Seri Wan Azizah dan bekas Timb. KM PP Datuk Seri Dr Ibrahim Saad. Sessi outdoor dibuat tepi bendang Padang Menora.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, December 05, 2009 0 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Akad Nikah Redza & Syuhada (Tasek Gelugor, Penang)
Majlis akad nikah Redza Fahmi dan Syuhada yang berlangsung semalam selepas Isyak di rumah pengantin perempuan selamat disempurnakan dan di ijab kabulkan. Selepas majlis akad nikah selesai, sessi outdoor night shoot telah diadakan di Homestay Tasek Gelugor.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, December 05, 2009 0 comments
Labels: Akad Nikah, Pernikahan
Saturday, November 28, 2009
Resepsi Siti Nor & Alif (Teluk Bahang, Penang)
Majlis perkahwinan Siti Nor dan Alif Muhaimin telah diadakan di Kg Teluk Awak, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Semoga pasangan pengantin bahagia dan kekal hingga akhir hayat. Lokasi outdoor dibuat di tepi Sungai,Pantai dan empangan Teluk Bahang.
Tq kepada SisHoney kerana sudi tag masa outdoor.
Posted by MaaG @ Zie at Saturday, November 28, 2009 0 comments
Labels: Kahwin, Perkahwinan, Wedding
Monday, November 23, 2009
Pernikahan Faisal & Yati (Bakar Arang, Sg Petani)
Saya bersama member VC Rahman dan Videographer Yus telah diberi kepercayaan oleh VC Principle Photographer iaitu Amiralias untuk shoot majlis akad nikah antara Faisal & Yati yang diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Majlis yang diadakan selepas solat asar berjalan dengan sempurna dan lancar. Semoga pernikahan berkekalan hingga akhir hayat.
Posted by MaaG @ Zie at Monday, November 23, 2009 0 comments
Labels: Akad Nikah, Pernikahan